Rabu, 2 Mac 2011

| Intenet | Hujan + Lonely soldier boy + mospeada

 Album terbaru Hujan - Lonely Soldier Boy

Rasanya ramai yang sudah tau yang lagu Lonely Soldier Boy nyanyian kumpulan Hujan adalah lagu yang diambil dari siri anime Jepun cuma lirik dia lain cikit. Lagu ni pun sebenarnya dah lama kumpulan Hujan buat masa dorang buat demo tape untuk kumpulan dorang. Cuma belum dapat persetujuan dari pemilik asal lagu ni menyebabkan kumpulan Hujan mengambil masa lama untuk mengeluarkan lagu ni didalam album rasmi dorang.

Aku akui aku jatuh hati dengan kumpulan Hujan kerana lagu ni. Kali pertama aku dengar lagu ni semasa persembahan Hujan di Taman Tasik Titiwangsa sekitar tahun 2007 yang lalu.

Oklah sebenarnya aku tanak citer pasal lagu ni. Tapi aku nak cerita tentang Anime yang menjadi inspirasi lagu ni iaitu Anime Mospeada.

 

Anime Mospeada ni memang menarik. Aku pernah menonton anime ni dalam versi Bahasa Melayu ketika aku kecil sekitar tahun 80-an yang lalu. Apa yang menarik tentang anime ini ialah jalan ceritanya yang ringan dah mudah difahami, tak seperti anime Gundam yang bagi aku agak complicated. Yela aku tak minat tengok citer kartun yang berat-berat sebenarnya.

Aku agak bertuah jugak akhirnya dapat menontonnya sekali baru-baru ni dan yang pastinya anime ni masih lagi tidak membosankan. Hehehehe. Anime ni tak panjang cuma setakat 25 episod jer.

Anime ni berkisar tentang ekspedisi ke-2 oleh Askar Manusia dari Marikh untuk menawan semula Bumi yang di kuasai Inbit (makhluk asing). Dalam pertempuran ini askar dari Marikh mengalami kekalahan yang begitu teruk.

Leftenant Stig Bernard adalah salah seorang juruterbang yang terselamat dalam pentempuran itu. Walaubagaimanapun tunangnya terbunuh dalam perang tersebut. Pesawat yang dipandu oleh beliau juga terhempas sekitar Brazil (kalau tak salah aku).

Sapa tak suka kalau motor tukar jadi amour suit

Demi untuk menuntut bela dan meneruskan perjuangannya, Stig bertekad untuk pergi ke "Reflex Point" iaitu pengkalan Inbit di Amerika Utara dengan menggunakan Mospeada. Mospeada sebenarnya adalah sebuah motorsikal dan boleh bertukar menjadi amour suit.

Mospeada bermaksud - Military Operation Soldier Protection Emergency Aviation Dive Armor.

Dalam perjalanannya, dia telah berjumpa dengan beberapa watak iaitu Ray (seorang pengembara),  Houquet (Rebellion), Mint (aku taktau apa fungsi dia dalam cerita ni.. hehehehe), Jim (Askar bantuan/Mekanik dari ekspedisi pertama), Yellow (askar dari ekspedisi pertama dan menyamar sebagai penyanyi wanita popular) dan Aisha (Inbit yang bertukar kepada bentuk manusia tapi hilang ingatan).

Pesawat yang boleh transform jadi Robot. 
Legioss: mode transform dia ada persamaan dengan pesawat Valkrie dalam Macross

Dari anime ini juga membongkar rahsia setiap watak dengan kisah-kisah silam mereka dan taktik serangan ala gerilla mereka untuk sampai ke Reflex Point.

Anime Mospeada juga ada disisipkan kedalam Anime Robotech (Siri alih bahasa inggeris dari Anime asal Macross).

Sebab aku minat tengok anime pun sebab tengok motorsikal transform amour suit. Tu yang best pun.. hahahaha.. (kecik-kecik dah minat motorsikal).


Kalau la dapat model motorsikal...

Lagu opening Mospeada