Sabtu, 5 Mac 2011

| Motorsikal | Naza akan memperkenalkan Megelli 250 April ini?

Megelli kalau body kaler putih dengan frame merah memang cun

Menurut berita dari Bernama (1 Mac 2011), ketika temuramah wartawan dengan Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin (Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza). Beliau ada menyebut akan memperkenalkan 2 buat motosikal baharu sekitar akhir  Mac dan April. Motorsikal yang pertama ialah sebuah kapchai dan sebuah lagi adalah motorsikal berkuasa 250cc.


Menurut firasat biker-biker Malaysia motorsikal 250cc yang disebut-sebutkan itu ialah Megelli 250. Ini adalah kerana sebelum ini memang ada ura-ura motorsikal ini akan diedarkan oleh Naza. Dan pada sesiapa yang pernah pergi ke Karnival Naza sebelum ini mungkin pernah nampak motorsikal ni dipamerkan dikarnival itu.

Megelli di Karnival Naza Tahun Lepas


Boleh tahan besar jugak radiator motorsikal ni


Nampak macam besar

Ramai jugak yang tertunggu-tunggu bila Naza akan mengumumkan harga motorsikal ini. Mungkin pihak Naza lambat membuat pengumuman kerana dorang nak tunggu BS Honda mengumumkan Harga Honda CBR 250R.

Ok lah apa yang kita tau tentang Motorsikal Megelli ni? Kalau kita google di Internet apa yang kita tau ialah Megelli ini berasal dari UK dan dibuat di Taiwan.

Syarikat SLD UK Ltd adalah syarikat yang bertanggungjawab mereka bentuk motorsikal Megelli manakala syarikat Sym bertanggungjawab mengeluarkan motosikal ini termasuk menyediakan enjin berkapasiti 125cc.

Bagaimana pula dengan 250cc? Aku rasa cara yang terbaik ialah dengan merujuk kepada syarikat yang mengedar motorsikal Megelli di Indonesia iaitu Minerva. Sebab syarikat ini telah lama mengedar motorsikal Megelli 250 di Indonesia.

Apa yang kita tau Enjin 250cc ini ialah enjin yang menggunakan single silinder, 4 valve, SOHC, Sejukkan cecair, 6 speed dan enjin ini dapat menghasilkan kuasa kuda sebanyak 27Bhp. Dalam web Minerva juga menyatakan bahawa enjin 250cc direka oleh syarikat dari Itali iaitu E.D.I Progetti Italia.

Dari segi ketahanan dan kualiti tak berapa pasti, tapi apa yang pasti. Motosikal ini memang seksi bebanding motosikal 250cc yang terdapat di Malaysia dan rupa motosikal ni ada la sikit-sikit ala Ducati. Oh ya... swing arm belakang dia dibuat dari aluminium.

Harap-harap motorsikal ni lagi murah dah Blade la.. hehehehehehe.

Sumber:
Bernama
Megelli Motorcycle