Isnin, 9 Mei 2011

| Motorsikal | Yamaha 135 LC 2011

Motor dah cun.Cuma spesifikasi tak macam motor kat Indonesia. Takpe la janji baru

Pada 18 Mac yang lalu. (Dekat 2 bulan dah ni.. hehehehe). Hong Leong Yamaha telah melancarkan Yamaha 135 LC. Untuk mengantikan model lama 135 LC.

Kalau nak ikut, 135 LC yang dilancarkan pada hari tersebut masih lagi menggunakan enjin yang sama dengan 135LC cuma coverset saja tukar.

Masa mula-mula keluar dulu ramai yang cakap tak lawa. Tapi bila tengok secara "live". Boleh la... cun jugak motor ni. Mungkin motorsikal ni tak fotogenik sangat kot.

Dengan keseronokkan peminat motorsikal malaysia menanti kedatangan 135 LC ni. Terdengar jugak cakap-cakap dalam beberapa forum permotoran Malaysia yang agak terkilan kerana versi manual 5 speed tidak terdapat dipasaran Malaysia. Ada jugak yang merasa sedih yang versi auto ni tidak mempunyai brek disk belakang.

Dari beberapa sumber menyatakan yang versi manual akan masuk juga di Malaysia. Cuma bila nak masuk tak tau la lagi. Ada jugak kedai yang sanggup terima downpayment untuk sesiapa yang inginkan versi manual ni. Aiii tamak betul dorang... kalau masuknya tahun depan???? aaa macamana pulak???? Takan nak bako je kedai muto tu?

Satu lagi. Semasa pelancaran 135 LC baru ni. Terdapat juga sebuah model motorsikal berkuasa tinggi juga ditayangkan. Ibarat sneek preview la tu. Iaitu Yamaha XJ6 Diversion. Aku pernah nampak motorsikal ini dipandu uji kat highway utara selatan, 2 biji warna hitam.


XJ6 Diversion. Lawa tuhhh.. background belakang tu tulis "akan datang" hehehe

Ura-ura menyatakan tahun ini jugak motorsikal ini dilancarkan. Tapi macam biasa lah. Kita tunggu dan lihat. Kira lepas ni ada la pencabar motorsikal Kawasaki CKD iaitu ER6F , ER6N dan Versys. Cuma yang best motor Yamaha ini ialah enjinnya iaitu inline-4.... bunyi manyak sedap ooooo.  

Lagi gambar boleh la ushar kat sini