Baru-baru jika kita rajin buka Facebook, kita akan ternampak beberapa rakan ada memanjangkan mesej yang kononnya di keluarkan oleh JAKIM yang memberitahu bahawa restoran Starbuck adalah haram kerana terdapat kadungan Babi dan Arak didalam produk yang dijual.
Sebenarnya kalau nak ikutkan mesej yang hendak disampaikan itu adalah baik tetapi apa akan terjadi jika maklumat yang disampaikan itu tidak benar? Adakah ia juga termasuk dalam hukum menfitnah? Entah lah... harap-harap ada pandai menjawab persoalan ini.
Walaubagaimana pun, saya menyeru kepada semua supaya jangan terlalu mudah percaya dengan apa yang kita terima dan lakukan lah sedikit kajian supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. Tidak susah sebenarnya untuk kita semak sesuatu produk itu halal atau tidak. Kita boleh la melayari pada laman web Halal Jakim atau www.halal.gov.my (kedua-dua page ni sama sebenarnya). InsyaAllah web ni selalu update.
Pada 5hb Ogos 2011, Pihak JAKIM telah mengeluarkan kenyataan media bahawa mesej di Facebook itu adalah palsu.
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/berita/244-isu-berkenaan-aduan-starbuck-coffee
Renung-renungkan jangan sampai termenung
Sabtu, 6 Ogos 2011
Komen (4)

Aturkan menurut: Tarikh Taraf Aktiviti yang terakhir
Komen sedang dimuatkan...
Comments by IntenseDebate
| Kehidupan | Isu halal lagi - Starbucks dan Facebook
2011-08-06T15:27:00+08:00
sawn
Kehidupan|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
mdfaizal · 711 minggu tadi
pastu sebarkan lagi.
mereka perlu didedahkan bagaimana meng google & pilih sumber yg tepat utk mengesahkan sesuatu maklumat.
hehe
My recent post Ramadhan yang indah bersama Dawud Wharnsby Ali
khalis · 710 minggu tadi
My recent post Ragam budak-budak yang boleh dimaafkan
sawn · 710 minggu tadi
nurfauzi · 704 minggu tadi
malangnya ramai orang yang tak selidik apa-apa, terus sebarkan sekali mesej tak betul tu.
Harap rakyat Malaysia lepas ni dapat selidik dahulu ape2 maklumat yang diterima.
My recent post Simpanan pendidikan: Takaful Pendidikan vs Saham Amanah