Ahad, 13 Februari 2011

| Internet | Misi pencarian handphone android termurah

Pada zaman sekarang, penggunaan hanphone bukan setakat untuk calling-caling atau hantar sms saja atau amik gambar.

Jadi untuk handphone yang bakal dibeli, aku rasa antara ciri-ciri yang kene ada selain dari ciri-ciri yang biasa ialah mestilah mempunyai sokongan wifi dan mempunyai GPS.

Aku rasa macam malas nak pakai handphone mahal-mahal. Rasanya bawah 1k tu kira dah ok dah. Lagi bawah lagi ok.

Sekarang ni pun dah banyak handphone yang murah di market Malaysia. Tapi bagi aku, aku lebih berminat dengan handphone yang menggunakan OS android.

Android adalah satu perisian yang dibangunkan oleh Google dah setelah mencuba perisian ni memang terasa macam best. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh la melawat laman web android di http://www.android.com/.

Ohh ya kat android market ada banyak applikasi dan game yang percuma bole download. Berbayar pun ada.

Selama dekat 2 minggu aku cari kat internet dan window shopping, ni la senarai handphone andriod yang harga bawah RM1k yang ada sekarang ni.

Update: Aku letak harga pada setiap model. Tapi harga ni tak menentu sangat cuma anggaran sahaja (Ini bergantung dengan harga yang aku tanya kat kedai handphone). Anda boleh juga menggunakan laman web Mudah untuk rujukkan harga. Aku jugak dah buang Motorola Charm sebab harganya melebihi 1K. Jadi sekarang ni cuma tinggal Sony Xperia X10 mini pro sahaja yang ada keyboard.

LG optimus One
Dah cuba best jugak tapi antara mahal dalam senarai aku.. Tapi masih bawah 1k... hehehehehehe.
Harga: RM899


CSL Spice Mi300
Dah cuba best jugak. Sekarang yang termurah dalam market dengan screen LCD besar (3.2 inci). Kat lowyatt banyak kedai tengah promote.
Harga: RM599


Samsung Galaxy 5
Harga: RM650


Sony Ericsson Xperia X8
Harga: RM599


Sony Ericsson Xperia X10 mini pro
Harga: RM699

Sony Ericsson Xperia X10 mini
Screen kecik sikit dari X8
Harga: RM550


i-mobile i651
Model baru selepas 6010 (kalau pandai try cari kat tesco sebab paling murah dari CSL tapi susah nak dapat). Model baru ni mahal sikit dari CSL spice. Tapi kelebihan dia bole tengok TV.
Harga: RM699