Sabtu, 26 Februari 2011

| Kehidupan | Kami orang kidal

Walaupun nama kumpulan ni left handed. Tapi bukan semua ahlinya kidal.. hihihihi

Aku mengalami masalah pembacaan dan penulisan sejak dari kecil. Masalah aku yang paling besar ialah aku mudah hilang fokus kalau aku terpaksa membaca buku-buku yang tebal.

Apabila tiba bab penulisan, aku selalu menghilangkan 2 atau 3 perkataan. Contohnya macam ni. Aku nak taip "Saya suka makan nasi", tapi bila tengok betul-betul rupanya aku tulis "saya makan nasi". Walaupun benda tu sama, tapi espressi dia berlainan.

Aku selesa melihat dan menterjemahkan sesuatu benda dalam bentuk gambar, lukisan dan carta. Mungkin itu sebabnya masa zaman persekolahan aku, cikgu suka menghantar aku masuk pertandingan melukis.

Kadang-kadang aku terpikir, adakah ini disebabkan aku kidal? Kalau hendak diikutkan bahagian otak kiri terletaknya pengguasaan bahasa dan penulisan.

Jadi dengan itu, aku dengan mudah membuat kesimpulan yang aku lemah dalam bidang penguasaan bahasa dan penulisan sebab aku banyak pakai otak kanan.. hehehehe.

Tapi takpe, dengan latihan yang betul dan kerap semua masalah ini dapat diatasi dengan jayanya dan orang kidal jangan lah anggap dirinya serba kekurangan. Contohnya macam aku, kalau minda aku dalam keadaan sedar, aku boleh bermain gitar, menggunakan komputer, menggunakan sudu dan garfu seperti orang normal.

Ok la sini aku nak kongsikan beberapa fakta yang aku rasa best tentang kidal

1. Hanya 10 peratus dari populasi manusia adalah kidal.

2. Menurut Chris Mc Manus dalam buku Right Hand, Left Hand. Orang kidal sebenarnya tidak memiliki satu gen iaitu Gen D. Aku pun tak tau apa fungsi Gen D sebenarnya.

3. Sebenarnya ada hari kidal sedunia yang disambut setiap 13 Ogos. Ia bertujuan untuk menyebar dan memberi kesedaran tentang permasalahan dan diskriminasi yang dihadapi oleh golongan kidal. Rasanya sekarang ni takde isu apa-apa pun.

4. Banyak orang kidal mempunyai kelebihan menjadi seorang ambidexterous berbanding orang normal iaitu kebolehan menggunakan kedua-dua belah tangan. Contohnya boleh menulis sama ada menggunakan tangan kiri atau kanan atau kedua-duanya pada masa yang sama. Teori aku sebab banyak barang-barang kegunaan sebenarnya sesuai untuk orang normal.

5. Orang kidal lelaki lebih banyak dari perempuan. (Dr Geswein menerangkan bagaimana seseorang itu menjadi kidal dalam Teory Testerone - iaitu janin yang yang mempunyai kadar testerone yang tinggi menjadikan bayi itu kidal).

6. Walaupun hanya 10%. Golongan kidal banyak yang berjaya dan nama-nama mereka tercatat dalam sejarah tamadun manusia. Sebab banyak sangat, jadi aku share yang famous sekarang ni dah ler... (rasa bangga dan poyo la pulak).


a. Barrack Obama.


b. Eminem


c. Angelina Jolie


d. Oprah Winfrey


e. Rafael Nadal


f. Jenson Button


g. Bill Gates


h. Matt Groening