Rabu, 23 Februari 2011

| Kehidupan | Rumah oh rumah

 
Gambar Hiasan: Kalau la aku mampu dapat rumah macam ni

22 Februari 2011
Hari ni aku menerima panggilan dari Peguam. Mengenai proses pembelian rumah. Kalau nak ikutkan dah lama aku booking rumah ni sejak bulan puasa tahun lepas. Kalau nak ikutkan kami merancang nak berpindah ke rumah tu bulan 12 tahun lepas.

Rumah yang dibeli pun adalah rumah yang dah siap cuma belum diduduki lagi dan kedudukan rumah bagi aku agak strategik. Berada dihadapan taman permainan dan  jarak ke tempat kerja aku yang tak jauh.

Kawasan rumah tu pun kiranya ada ok jugak la. Mempunyai kawalan keselamatan 24x7 dan komuniti rukun tetanga yang agak aktif. Cuma kawasannya agak mandom sikit. Ok la mandom pun mandon la.. buat pe dok kat tempat yang sibuk. Rumah ni pun dekat dengan sekolah, kedai-kedai dan masjid.


Pasai apa la laywer aku tak cun macam Angelina Jolie

Cuma yang aku tak puashati ialah proses pembelian rumah ni. Dah ler proses jualbeli rumah ni agak tinggi dan bagi aku tak berbaloi dengan harga rumah. Malah proses dia juga lambat. Aku rasa macam tertipu pun ada.

Hari ni peguam telefon aku meminta aku menandatangani "letter of idemnity". Idemnity??? WTF???

Aku sebenarnya tak suka dengan surat-surat dari lawyer atau bank... sebab penggunaan bahasa dia sungguh high level dah aku kene baca sampai 2 3 kali supaya aku betul-betul faham kandungan surat itu.

Wei.. aku tak lari mana-mana la.. dah banyak duit aku habis bayar deposit dengan kos dokumentasi dan guaman yang tak logik tu. Sekarang korang pulak tanak bertanggungjawab dengan proses pembelian rumah tu.

To be honest, aku pun dah tak peduli dah pasal benda-benda ni yang aku nakkan cuma rumah ni. Aku betul-betul tak kisah. Aku dah tak tahan pergi kerja dengan jarak pergi balik yang lebih 100km sehari ni, dah ler asyik tersangkut dengan jem. Tak tahan beb... Aku bukan muda lagi.

Hopefully ini rumah ni bukan salah satu lagi pelaburan aku yang tak berbaloi.

Komen (10)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
Nak kena keje ape baru dapat beli rumah besar macam atas tu. haish.
My recent post Kenapa cikgu
1 jawab balas · aktif 735 minggu tadi
sekarang ni kl... rege rumah macam tak logik aje... Sian orang yang berpendapatan sederhana.
My recent post Internet Video illusi optic yang menarik
gile kentang? serius?? 100km setiap hari ketempat kje? pemandu bas ekspress ke ape? hehe
My recent post WANITA IDAMAN LELAKI
3 jawab balas · aktif 735 minggu tadi
dok kl.... rumah dengan tempat kerja.. semua jauh.... Tula dilema yang sukar ditelan.
My recent post Internet Video illusi optic yang menarik
wah! 100 km setiap hari... hebatnyer awak. Tak penat ke... kena ulangalik... Hehehe. Anyway thanks follow saya. saya follow awak balik. Buah apa tak leh dimakan? hehehe. Awak jawab tajuk entri saya ek... Hehehe, saya taulah buah apa tak leh di makan... taknak gtau gaklah... Hehehe. Apa2 pun, keep in touch :)
malu nak cakap la ... buah catur kot.. hihiihi
My recent post Internet Video illusi optic yang menarik
Assalamualaikum Swan...

Saya pun ada beli 2 biji rumah kedua2 rumah tersebut tidak dapat saya duduki hingga ke hari ini. Rumah pertama di beli pada tahun 2000 di Selangor dan rumah ke 2 di beli pada tahun 2009 di Kedah manakala saya kerja di Perak . Kedua2 rumah tak dapat di sewa kerana rumah pertama bukan kawasan strategik dan rumah ke 2 tak di sewa sbb takut rosak maklumlah beli beratus2 ribu kalau sewa pun ciput.
My recent post Aku tak mau hisap dah
1 jawab balas · aktif kurang dari 1 minit tadi
Sama ler Ainul, kadang-kadang kita beli rumah mahal-mahal. Installment bulanan tinggi. Tapi kalau nak sewa.. ciput jer.. Rasa macam tak berbaloi
My recent post Internet Video illusi optic yang menarik
besarnya rumah ko..corner lot lagi...

My recent post susah sgt ke nak push button tu kejap
1 jawab balas · aktif 735 minggu tadi
Itu gambar hiasan je.... Jangan percaya... hehehehehe. Kalau betul Angelina Jolie tu dah jadi lawyer aku
My recent post Internet Video illusi optic yang menarik

Kemukakan komen baru

Comments by