Jumaat, 11 Februari 2011

| Motorsikal | Rupanya Malaysia ada keluarkan motorsikal Hibrid


Menurut berita dari Utusan Malaysia, Kosmo dan The Star, khabarnya sebuah syarikat yang bertempat di Dengkil akan melancarkan skuter hibrid keluaran Malaysia yang pertama. Syarikat tersebut dikenali sebagai Syarikat Hybrid Scooter Sdn. Bhd.

Menurut akhbar, motosikal ni ada bergerak dalam 3 mod iaitu bateri, petrol dah bateri+petrol. Makna kata kalau bateri habis bole pakai petrol la.

Dari design kira ok la. Cantik jugak. Cuma yang kurang menarik tu kapasiti enjinnya agak kecil iaitu 50cc dan 80cc. Mengikut laman web syarikat ini kelajuan skuter ini ada la diantara 55kmj. Kiranya okla tu untuk bawak gi masjid atau pergi pasar atau untuk perjalanan jarak sederhana.

Dan sebagai seorang pengguna skuter juga, Bagi aku skuter ni lagi selesa kalau bawak barang banyak dari kapchai. Lebih-lebih lagi barang-barang tu cuma letak saja pada bahagian tempat letak kaki.

Dari segi harga pula. Skuter ni akan dijual diantara dari 7k hingga 8k dan akan dipasarkan bermula dari bulan Mac.

Apa yang menariknya tentang syarikat ni ialah dia bukan sahaja mengeluarkan skuter hibrid tapi jugak produk-produk lain juga. Seperti kerusi roda elektrik, basikal elektrik,dan buggy elektrik. Jadi kalau rasa macam skuter ni mahal bole la cuba basikal elektrik yang dijual diantara 1.5k hingga 2.5k.



Oh ya.. kalau nak tengok dari dekat produk ni rasanya boleh pergi kat Karnival WOW Putrajaya pada 11-13 Feb 2011

Update: Tadi (11 feb) aku gi karnival WOW tu tapi nampak plak skuter hibrid ni.. Skuter dengan basikal elektrik ada la.. hehehehe. Mungkin ni syarikat lain yang buat booth kot.

Untuk Maklumat lanjut boleh klik kat rujukan dibawah
Utusan Malaysia
Kosmo
The Star
Facebook Proride
G-Wheel (Revolution Manufacturing Sdn Bhd)

3 ulasan:

Zura Tahir berkata...

macam mana nk merempit cm nie...hahahaha..merempit g masjid jelah...

Unknown berkata...

ok gak moto ni leh jimat minyak ckit...mnyk skg ni pon mahal

sawn berkata...

motor hibrid ada kelebihan dari elektrik.. kurang-kurang kalau bateri habis bole pakai minyak... takde la kene menolak motor.. hehehe