Khamis, 10 Februari 2011

| Fotografi | Ke Ban Pecah, Tanjung Piandang, Perak.


Sabtu lepas (5hb Februari 2011) masa aku balik kampung aku di Parit Buntar. Tiba-tiba adik aku mengajak aku untuk mengambil gambar dia dan kawan-kawan dia. Mula-mula dia nak pinjam DSLR aku,  tapi kalau kamera PnC aku takpe la. Tapi lupa plak bawak kamera Panasonic LX-3 aku balik.

Aku segan nak bagi pinjam DSLR aku. Hehehehehe. Tapi kalau dia mintak aku tolong amik gambar dia dan kawan-kawan dia, aku tak kisah sangat. Boleh la jugak aku praktis atau belajar ambik gambar. Lagipun aku pun bukan pernah ambik gambar orang yang aku kurang kenal. Perasaan segan tu ada la juga.

Masa hari yang ditetapkan, sebenarnya aku rasa macam konfius sikit bila adik aku cakap Ban Pecah. Dalam kepala aku Ampang Jajar je kat kawasan USM fakulti Kejuruteraan tu. Bila diingatkan balik baru aku ingat... Ohhhh Kat Tanjung Piandang.

Tanjung Piandang dengan Parit Buntar tak la jauh mana dalam 10-11km perjalanan dari pekan Parit Buntar. Ayah aku pun ada membuat perniagaan dia tak situ. Tapi secara jujurnya aku pun tak pandai sangat kawasan Tanjung Piandang dan Parit Buntar ni.



Tapi yang aku tau kat Parit Buntar ni ialah ia adalah satu Pekan yang rilex,tenang dan aman. Kos sara hidup yang rendah. Apa yang kita perlu, ada kat sini. hehehehehe. Macam-macam aktiviti ada kat sini.

Berbalik dengan Ban Pecah ni. Apa yang seronok kat sini. Yang aku tau kat sini tempat memancing yang best. Bab mandi laut... emmmmm tempat ni bukan pantai tapi sebenarnya tambak untuk menghalang hakisan pantai. Tapi ada jugak orang mandi kat sini. Duduk petang-petang tengok matahari terbenam pun ok jugak.

Orang cakap ada kedai makan sedap kat sini. Tapi aku pun tak pernah cuba lagi. Tapi kalau lepak-lepak kat sini makan rojak memang mashukkkk... hehehehe

OK la, kenapa kawasan ni dipanggil Ban Pecah?? aku rasa mungkin dia ada kaitan dengan sejarah kawasan ni dahulu. Kalau menurut cerita orang-orang tua. Kawasan ni dahulu berlaku hakisan ombak yang teruk sampai menenggelamkan kawasan bendang penduduk sekitar.

Macam-macam cara penduduk kampung berusaha menyelamatkan kawasan bendang dari hakisan ombak tapi tak berjaya. Kalau sesiapa perasan kat kawasan Ban Pecah masa air surut boleh la nampak pintu air yang selalu nampak kat tali air kat kawasan bendang ada di tengah laut.



Ada juga orang cakap benda ni berlaku kerana sumpahan anak yatim yang hartanya diambil oleh saudara-saudaranya apabila ayahnya meninggal dunia. Wallahualam

Ok la, Kalau nak tau kat mana aku amik gambar ni. Ni la lokasi dia.

5.048902,100.382595

Letak saja koordinat tu kat google map. Dapat la tempat tu. Gambar ni semuanya diambil menggunakan kamera Canon 40D dengan kit lens 17-85mm dengan flash Canon EX270.

Untuk gambar resolusi tinggi. Sila-sila la menjenguk album Flickr aku yang seberapa ni kat sini.