Jumaat, 25 Februari 2011

| Kehidupan | Lelaki dan fesyen

 Aku rasa David Beckham banyak menjadi inspirasi fesyen lelaki.
Dia buat rambut terpacak ala mohawk. Orang pun mula nak tiru.

 Alamak!!! bila menyebut 2 pekara ni (lelaki dan fesyen) memang 2 pekara betul-betul bertentangan. hahahaha... Aku terus terang aku memang buta fesyen. Kalau aku beli pakaian mesti ada yang tak kene... mesti wifey aku akan berkata apa benda la abang beli ni.. hahahahaha.

Okla.. sebenarnya bukan lelaki tak berminat dengan fesyen tapi kadang-kadang dia segan nak bergaya. Ni aku amik contoh diri aku la.

Tapi tak dinafikan bahawa fesyen kadang kala dapat membantu menaikkan keyakinan kita. Lagipun dalam Islam pun menyuruh umatnya menjaga penampilan dan kebersihan diri.

Beberapa minggu yang lepas, aku ada tengok rancangan Oprah Winfrey. Segmen hari tu memang menumpukan pasal fesyen lelaki. Daripada perbincangan tu ada beberapa perkara yang disebut adakalanya betul.


Maher Zain - Cara permakaian dia menunjukkan artis Nasyid 
tidak perlu berpakaian seperti penyanyi Nasyid Malaysia.
Aku berpendapat appearance dia jugak dapat mendekatkan 
lagu-lagu dia dengan audience muda dan remaja.

Ni adalah antara kesilapan-kesilapan yang selalu lelaki lakukan.

1. Pemilihan baju - Ramai lelaki selalu silap pilih saiz baju. - Ok la... aku admit...aku memang suka pilih baju yang besar sikit.. selalunya pilih saiz L.. walhal saiz M pun dah ok dah untuk t-shirt. Wifey aku pun kalau beli t-shirt untuk aku.. dia beli saiz M. Oh ya, aku sebenarnya malu nak tunjukkan 1 pac aku. hehehehehe.

2. Seluar - lelaki suka pilih seluar yang pinggang yang besar. Ok la lelaki nakkan keselesaan sebenarnya. Tapi kadang-kadang sampai terlondeh.. dan mengelebeh di bahagian belakang. Satu lagi pada bahagian kaki seluar.. seluar lelaki sama ada singkat tak pun mengelebeh.

3. Mix and match - Aku kadang-kadang rasa macam buta warna aje.. hahahahahaha. lagipun lelaki tak banyak sangat accessori macam perempuan.. kasut dah berapa. Laki takat 1-2 kasut pun dah cukup dah. Perempuan macamana.. dengan kasut, beg tangan, tudung... macam-macam lagi la. Konsep laki sebenarnya capai dan pakai aje.. hehehehe

4. Penampilan diri - Oklah kalau aku tak keje.. abih ler tumbuh misai, jambang aku.. hahahahahha (sebenarnya aku suka). Rambut plak potong sebulan sekali.. hahahaha. Ok la, call me stingy.. hahahahahaha..


 
Aznil Hj Nawawi - Penampilan dia dengan lelaki yang seusia dengan dia 
memang nampak ketara bezanya

Lagi satu sekarang ni aku nampak fesyen lelaki sekarang macam mat lembut aje.. takut plak orang kata kita ni gay.. hihihihihi..

PS: Wifey aku cakap.. laki kalau pakai kot, baju-baju mahal memang la hensem.. hahahaha