Toyota Levin AE86. Hanya berapa kerat aje ada di Malaysia. Dan mahal harganya.
kalau sesiapa yang mempunyai kereta tua iaitu lebih 15 tahun mesti mempunyai dilema untuk renew insuran kereta kan???
Yela camne nak renew.. dah ler banyak company insuran taknak insured kereta kita sebagai 1st party.. kalau ada pun setakat yang cover kebakaran dan kecurian saja.
Kalau nak diikutkan langkah kerajaan lakukan tu sebenarnya ada pro dan kontranya sendiri.
Antara yang pro ialah dia dapat membantu menggalakkan industri automotif negara kita. Satu lagi ia dapat memastikan kenderaan yang berada dijalanraya adalah kenderaan yang benar-benar selamat dipandu.
Hidup untuk hutang atau hutang untuk hidup
Tapi yang kontra ialah bukan semua orang mampu membeli kenderaan baru dan kalau nak dikira, orang beli kereta pun ada sampai membuat pinjaman sehingga 9 tahun.
Bagi seorang esekutif muda atau pun orang dah berkeluarga. Sememangnya ia adalah satu dilema terutama jika kita mempunyai beban hutang yang banyak seperti hutang rumah, hutang pelajaran, hutang kad kredit, insuran dan berbagai perbelanjaan yang perlu ditanggung.
Sebenarnya aku tak kisah kalau kerajaan impose kereta tua kene menjalani pemeriksaan puspakom sebelum dapat renew roadtax. Sebab aku yakin ada kereta tua yang dijaga rapi.
Jadi cadangan aku ialah.
1. Kalau kereta tua inginkan renew roadtax 1st party. Kenderaan itu kena melalui pemeriksaan puspakom
2. Jika tidak? kereta tua bole renew pakai 3rd party.
Walaupun bagaimanapun masih ada syarikat insuran yang prihatin dengan dilema pemilik kereta tua. Jadi pemilik kereta tua yang masih berminat nak renew roadtax kereta 1st party boleh la mencuba dengan MAA ataupun dengan Oriental Capital.
PS:/ Akhar Utusan 25/2/2011 menyatakan insuran kenderaan akan dinaikkan secara berperingkat... Aishhhhhh..