Rabu, 16 Februari 2011

| Kehidupan | Kenangan cinta masa lalu

15 Februari 2003 adalah tarikh pertama aku keluar dating dengan wife aku.. satu kenangan tak dapat dilupakan. Walaupun aku selalu buat deq saja dengan tarikh-tarikh penting tapi sebenarnya aku ingat semua itu.. hehehehehe.



Sebenarnya takde kaitan dengan Valentime day cuma tarikh tu jatuh pada hari cuti (sabtu)... sebab tu la kami keluar dating. lagipun sebelum ni aku ada beberapa kali mengajak dia keluar.. selalunya dia tolak. Cuma tetiba saja hari tu dia kontek aku ajak keluar. Mesti la rasa seronok.. hehehehehehehe

Ok la kalau nak ikutkan bukan dating sebenarnya tapi aku temankan dia nak trade-in henpon sebab dia nak belikan henpon untuk adik dia. Sebelum tu dia ada beli tapi adik dia tak minat. Jadi dia mintak padangan aku untuk carikan henpon yang jadi kegemaran orang-orang muda yang murah. Jadi masa tu aku bawak la dia gi area Sg Wang trade-in henpon lepas tu aku bawak dia gi makan.

lepas makan (dia belanja tu.. aku nak bayar tapi dia insist sangat.. terima saja la). Nak ajak gi lepak-lepak kat KLCC tapi memandangkan hari nak petang... aku hantar la dia balik.

Ok la tu bukan dating... hehehehehehehe. Selang 2-3 hari aku dapat SMS dari dia bagitau yang adik dia sukakan henpon yang aku pilih. So apa lagi.... aku cuba masuk jarum la. so sejak hari tu kalau weekend ada free, kita orang akan keluar dating.. hehehehehehe. Sampai la sekarang dah jadi bini aku.. yehaaaa.

Macamana kami start kenal? Kalau nak diikutkan aku dan bini aku ni duduk berjiran masa aku menyewa kat area Sg Besi Indah. Lama jugak la 2-3 tahun berjiran. Tapi tak pernah tegur sapa. Memang diakui seronok gak rumah laki bujang berjiran dengan pompuan bujang.. petang-petang bole skodeng awek sebelah. Tapi haram aku tak penah nampak muka dorang. Sorang member aku ada bercinta dengan awek sebelah.

Ada satu petang, masa kita orang main-main timbang-timbang bola depan depan rumah, kawan wifey aku pun datang menyapa. Jadi kita orang pun sembang-sembang la sampai la wifey aku ni balik. Tu la kali pertama aku tengok wifey aku. Sebelum ni dok berjiran lama tapi tak penah jumpa.

Pada pandangan pertama aku hari tu... memang aku terasa.. emm cun jugak awek ni tapi pasal apa tak pernah nampak pun. Ohhh ya sebelum tu awek member aku ada cakap memang ada sorang awek cun. Tapi awek ni jarang sangat bergaul dengan dorang. Mungkin dia dok sibuk dengan BF dia kot.

Aku pun sebelum kenal wifey aku pun memang aku dah ada gf tapi asyik tukar-tukar aje sebab tak tahan lama. Tapi yang peliknya awek-awek member aku plak nak berkenalan dengan aku.. hahahahahaha.. Tapi semua tu aku tolak la.. Takan nak amik gf member plak..

Ok macamana aku dapat no phone wifey aku ni.. ish takan aku nak mintak direct dari dia kot... cerita dia macam ni. Masa dulu ada sorang kawan aku ni nak tackle sorang awek dok rumah sebelah ni. Ok la, awek ni memang cun tapi nampak macam high maintenance skit . Aku pun pernah gak sembang dengan awek ni. Ok la memang dia anak orang kaya (kalau tak silap ayah dia seorang Dato). Tapi aku tak berminat sangat walaupun cun yela aku ni bukannya kaya sangat takat pakai motor cabuk je.

Awek yang high maintenance ni pulak sebenarnya kureng berminat dengan member aku. Sampai la satu hari geng-geng aweks ni nak pindah. Sebab dah tinggal 3 orang saja dan masing-masing nak bawa haluan masing-masing. Jadi member aku ni mintak la nombor phone awek-awek ni.. hehehehehe

Selang 3-4 minggu awek-awek ni pindah.. aku pun terasa macam sunyi aje.. Sebab takde sapa-sapa nak skodeng. Kalau tak,.. ada la sembang-sembang dengan awek high maintenance tu... so satu hari tu aku bersembang la dengan member aku ni meluahkan perasaan.

Member: "Son hang nak no. phone depa ka?"
Aku: "Hang ada ka?"
Member: "Aku?? mesti la ada?"
Aku: "Wah tera la hang. Hang no phone XXX tak?"
Member: "Ada. Awat hang minat kat dia ka?"
Aku: "Lawa gak dia tu noooo... hehehehehe"
Member: "Tu la hang tak mau tackle dia"
Aku: "Ahhhh malaih aku nak bercouple-couple ni.. buang duit aku ja.. haaa bak sini nombot dia"

Bila aku dapat nombor wifey aku ni.. takde la aku direct sms atau call dia. Pas 2-3 hari baru aku sms dia. Tu pun member aku dok tanya-tanya. 1st time aku sms wifey aku dulu. Takde la dia balas... rasanya sehari dua kot baru dia balas tu pun lepas dia call aku dulu nak confirmkan. Tanya aku ni betul ke ni Sawn jiran sebelah rumah dulu..

Dari situ mula la perkenalan aku dengan wifey aku dengan lebih dalam. Selalunya kita orang pun takde la SMS hari-hari. Selang 2-3 hari camtu. Dan situ la aku tau banyak kes-kes scandal awek-awek sebelah dengan member-member rumah aku.. Tak sangka jugak la dia tau macam-macam berbanding dengan aku. Pasal diri aku pun dia dah tau. Walhal aku satu habuk pun tak tau pasal dia..

Ok la takat itu sahaja ngomelan aku...... penat dah menaip.