Isnin, 28 Februari 2011

| Kehidupan | Saman oh saman

28/2/2011 adalah hari terakhir bagi pesalah trafik untuk menyelesaikan saman trafik atau denda maksimum akan dikenakan. Yup denda maksimum...

Aku kalau nak diikutkan masa bulan 12 yang lalu memang agak kelam kabut untuk aku menyelesaikan saman yang tertunggak. Alhamdullillah dapat settle jugak. Tapi agak mengejutkan aku bila mendengar berita pada malam sabtu lepas yang mana, masih terdapat 18 Juta saman yang belum diselesaikan.. Sampaikan pejabat pos dibuka pada hari ahad untuk membantu pesalah traffic menyelesaikan saman.

Wow 18 Juta.. banyak tu beb. Kalau satu saman RM100 dah 1.8 Billion dah.. banyak tu. Tu belum kira saman yang orang kelam kabut nak settlekan pada bulan 12 yang lalu... yela nak dapatkan potongan 50% tu.. sapa tanak bayar. Mungkinkah yang tak bayar tu saman dorang setebal buku telefon?

Sekarang ni pesalah-pesalah traffic memang dah tak bole lari dari membayar saman. Dulu takpe la kalau saman ekor bole buat deq aje.. Sekarang tak... kalau tak bayar saman tak boleh renew roadtax. Adusss

Baru-baru ni dalam berita, kerajaan nak impose penggunaan tali pinggang belakang... Saman max ooooo RM300. Satu langkah yang baik tapi kalau boleh jangan ler saman owner/driver. Gi le saman orang yang degil tanak pakai tali pinggang tu ye.

Abam polisi yang bangga menyaman Nora.. hihihihi

Ada juga berita yang menyatakan JPJ juga akan mengenakan saman pada sesiapa yang menggunakan TV/Video player didalam kereta. Tapi yang aku rasa ramai yang tak amik kisah sangat, bukan penting sangat benda ni.

Sebenarnya ramai yang berharap agar kerajaan mengenakan kadar baru saman. Iaitu dengan harga mampu bayar. Tapi rasanya mungkin tidak akan ada.

Apa??? kadar mampu bayar? hehehehehe kira macam nak menghalalkan kita untuk buat lagi kesalahan traffic la ye.

Dengan kenaikan kadar insuran kereta dan penambahan jenis saman. Nampak gayanya tak lama lagi makin tenat la kita nak renew roadtax nanti. Makin banyak ler kete tersadai sebab tak boleh renew roadtax.

Takpe la. Kita pikir positif. Bagus jugak la.. Kurang sikit penggunaan minyak.. kurang sikit pencemaran alam sekitar. Pasni jangan bawak kereta laju-laju ye.


Tawa dalam tangisan

PS/ Teringat cerita Ripley believed it or not yang mana masa radio kereta diperkenalkan, banyak state Gov di Amerika mengharamkan penggunaannya. Tapi sekarang ni???