Khamis, 24 Februari 2011

| Motorsikal | Ubahsuai Naza Blade 250N ke Ducati 1098

Minat pada motorsikal datang dalam bermacam-macam bentuk. Ada yang suka kepada kelajuan, ada yang suka kepada touring, ada yang suka mengubahsuai. Disini aku  nak share satu ubah suai motorsikal yang bagi aku sangat menarik.

Asal motorsikal ini ialah Naza Blade 250N model naked karburator. Owner telah memberi tanggungjawab kepada sebuah bengkel di Seri Kembangan untuk mengubahsuai motor beliau kepada motorsikal Ducati 1098.

Selain menggunakan Fairing Ducati 1098. Pemilik juga menukar swing arm belakang kepada pro arm dari Honda VFR400 NC24. Pemilik juga memasang double disk depan (model naked ada single disk aje). Tukar kepada double eksos letak kat under tail, clip-on handle dengan triple tree. Tu jela yang aku tau... hehehehehe.

Kos??? Dekat RM7k jugak la.

So layan jela gambar motor Naza Ducati ni. Memang cun.











Kalau sapa-sapa tak tau rupa motorsikal Naza blade 250N. Rupa dia macam ni la.. Tapi bukan motor yang diubahsuai tu.. sekadar contoh saje.