Gambar Hiasan: Kalau la aku mampu dapat rumah macam ni
22 Februari 2011
Hari ni aku menerima panggilan dari Peguam. Mengenai proses pembelian rumah. Kalau nak ikutkan dah lama aku booking rumah ni sejak bulan puasa tahun lepas. Kalau nak ikutkan kami merancang nak berpindah ke rumah tu bulan 12 tahun lepas.
Rumah yang dibeli pun adalah rumah yang dah siap cuma belum diduduki lagi dan kedudukan rumah bagi aku agak strategik. Berada dihadapan taman permainan dan jarak ke tempat kerja aku yang tak jauh.
Kawasan rumah tu pun kiranya ada ok jugak la. Mempunyai kawalan keselamatan 24x7 dan komuniti rukun tetanga yang agak aktif. Cuma kawasannya agak mandom sikit. Ok la mandom pun mandon la.. buat pe dok kat tempat yang sibuk. Rumah ni pun dekat dengan sekolah, kedai-kedai dan masjid.
Pasai apa la laywer aku tak cun macam Angelina Jolie
Cuma yang aku tak puashati ialah proses pembelian rumah ni. Dah ler proses jualbeli rumah ni agak tinggi dan bagi aku tak berbaloi dengan harga rumah. Malah proses dia juga lambat. Aku rasa macam tertipu pun ada.
Hari ni peguam telefon aku meminta aku menandatangani "letter of idemnity". Idemnity??? WTF???
Aku sebenarnya tak suka dengan surat-surat dari lawyer atau bank... sebab penggunaan bahasa dia sungguh high level dah aku kene baca sampai 2 3 kali supaya aku betul-betul faham kandungan surat itu.
Wei.. aku tak lari mana-mana la.. dah banyak duit aku habis bayar deposit dengan kos dokumentasi dan guaman yang tak logik tu. Sekarang korang pulak tanak bertanggungjawab dengan proses pembelian rumah tu.
To be honest, aku pun dah tak peduli dah pasal benda-benda ni yang aku nakkan cuma rumah ni. Aku betul-betul tak kisah. Aku dah tak tahan pergi kerja dengan jarak pergi balik yang lebih 100km sehari ni, dah ler asyik tersangkut dengan jem. Tak tahan beb... Aku bukan muda lagi.
Hopefully ini rumah ni bukan salah satu lagi pelaburan aku yang tak berbaloi.