Selasa, 15 Februari 2011

| Motorsikal | Lagi Gambar Yamaha Jupiter MX versi 2011 aka 135LC baru

Kalau dah ada spy shots Yamaha 135LC baru dipandu uji di Malaysia mesti la kita nak tengok motorsikal ni dengan lebih detail kan?. Jadi aku pun meluangkan masa melayari internet mencari apa menarik tentang motorsikal ni.

Dari laman web rasmi Yamaha Indonesia. Aku dapati ada sedikit perbezaan untuk versi clutch manual dengan auto. Kalau clutch manual akan mempunyai 5 kelajuan manakala clutch auto pulak ada 4 kelajuan.

Begitu jugak bentuk gearing, yang 5 kelajuan gearing macam FZi (1-N-2-3-4-5) manakala yang auto pulak macam biasa gearing rotary (N-1-2-3-4-N).

Ni antara gambar-gambar yang bagi aku agak menarik tentang motorsikal ni.


Meter kelajuan motor ni juga menujukkan posisi gear


Disk brek belakang


Emm apa tu... LC lama takde ni.. hehehehe


Bila tengok sirip tu kadang-kadang teringat pulak dengan Modenas GT.


Bahagian belakang motor. Tak tau la lampu belakang tu LED ke tak.

Untuk melihat lagi gambar-gambar motor ni boleh la melawat ke
dapurpacu.com
FB Yahama New Jupiter MX 2011

Spesifikasi
Yamaha Motor Indonesia

Bagi peminat LC135 tunggu sahaja kemunculannya di Malaysia pulak. Bila??? tak tau la pulak... hehehehehe

Posting yang berkaitan

| Motorsikal | Spyshot pandu uji Yamaha 135LC baru (2011) di Malaysia