Sabtu, 19 Februari 2011

| Internet | Blog kembali aktif (Rest in peace blog Permata-hati-jiwaku)

RIP Der - harap-harap pasni nama blog ni bole register balik

Setelah beberapa kesilapan teknikal pada blog aku sebelum ni, aku kembali balik dengan sisa-sisa kandungan blog terdahulu dengan design dan nama blog baru.

Kesilapan aku dah terdahulu ialah secara tidak sengaja nama blog lama aku ter"delete". Aiiiyaaak... manyak prolem ooooo.. dengan broken link, script error, widget tak berfungsi... adoiiii.

Nama blog aku sebelum ni ialah permata-hati-jiwaku.blogspot.com. Kalau nak diikutkan dengan kandungan dalam blog aku dengan nama blog aku "permata-hati-jiwaku". Rasa macam tak kena langsung. Nama macam jiwang-jiwang, tapi kandungan blog macam sampah!

Jadi, dengan ini aku bercadang untuk membina blog baru dengan konsep open discussion (macam la sebelum ni tak). Tapi dalam blog baru aku ni, aku lebih tertumpu 5 topik utama iaitu:

1. Fotografi - apa-apa sahaja yang berkaitan dengan fotografi.
2. Motorsikal - apa-apa berkaitan dengan dunia motorsikal di Malaysia
3. Tips - Macam biasa la, Tips-tips yang rasanya menarik untuk dikongsikan.
4. Internet - Informasi yang terkini atau menarik dari internet.
5. Kehidupan - Hal-hal personal atau tiada kaitan dengan internet yang terasa menarik untuk dikongsikan.


Hello world!


Apa nama blog baru aku ni??? Aku pilih "Apa der..." (apader.blogspot.com). Hehehehe kenapa "apa der"???

Aku nakkan satu nama yang simple dan senang nak diingatkan. "Apa der" ni membawa 2 maksud yang berbeza sebenarnya iaitu Apa brader.... dan Apa ada.. hehehehe.

Aku juga menyusun semula blog aku dengan susunan iklan nak semua ada di atas, link exchange yang senang lihat dan display entri-entri yang kurang berserabut sikit. Kalau boleh aku nak blog aku ni user friendly dan loading cepat. Kalau nak diikutkan juga aku nak install widget "link within" tapi widget ni tak berfungsi dengan betul.

Ok la setakat itu sahaja. Sekian terima kasih

PS: Moral of the story - Always and always backup your blog templete before making any changes which you not sure 100% working.