Dengan sedikit kreativiti dan dengan tool yang ada, kita boleh membuat header blog kita supaya kelihatan cantik dan menarik.
Di sini aku tunjukkan contoh macamana aku buat header blog aku hanya dengan menggunakan PowerPoint dan Paint iaitu 2 perisian yang selalunya terdapat didalam komputer kita.
1. Mula-mula aku setkan power point aku pada 100% view supaya senang aku nak adjust logo header dengan saiz blog aku. (buat lebih dari 100% pun takpe).
2. Tuliskan nama blog aku, sahaja je aku guna word art sebab nakkan effect color 2 tone.
3. Lepas tu buat la sikit, effect mirror kat tulisan tu (senang je pakai Paint untuk terbalikkan tulisan tu dan kemudian pindah ke Powerpoint, letak effect coloring sebab nak blurrr kan sebahagian gambar menggunakan format object).
4. Masukkan gambar-gambar letak kotak sikit pada gambar (saja je nak buat frame) kemudian sengetkan gambar sikit dan tile kan sedikit.. hehehehe
5. Akhirnya jadi la macam ni. Selepas sesi adjust meng adjust saiz header aku (aku selalu rujuk dengan lebar saiz blog aku untuk mendapatkan saiz header yang diinginkan).
6. Tekan saja butang print screen. Paste kan saja pada Paint. Kemudian crop kan saja apa yang patut.
7. Jangan lupa save kan hasil anda dalam file format *.png atau *.jpg (Disini aku pilih *.png kerana simpanan saiz gambar ni kecil. JPEG pulak walaupun kecil tapi file compression membuatkan gambar jadi pecah-pecah dan tak lawa)
8. Setelah selesai macam ni la hasilnya. Aku ambil masa dekat 1 jam buat header sambil menaip karangan entri ni sambil berangan-berangan dengan design apa yang aku nak buat. (aku suka simple-simple saje)\O/.
Selamat Mencuba.
PS:/ Entri ni dah lama buat cuma tak publish lagi je. Sekarang ada sedikit perubahan pada headar blog aku, tapi masih menggunakan PowerPoint dan Paint untuk buat.
Oh ya... ni blog lama aku.. sekarang dah tukar blog baru.. tapi macam biasa header aku sekarang pun buat pakai powerpoint dengan paint jugak