Sabtu, 8 Januari 2011

| Fotografi | Azam 2011

Azam tahun baru ni, aku nak cuba belajar menulis karangan dengan membuat blog. Dulu aku pernah buat blog tapi semua tu hanya separuh jalan sahaja. Harap-harap tahun bukan separuh jalan jugak la hendaknya. Mungkin aku akan gunakan sebagai terapi untuk aku tenangkan fikiran atau untuk buat sesuatu yang bole menjanakan pendapatan.

Memandangkan tahun 2011 kehidupan aku semakin mencabar, aku rasakan aku patut buat sesuatu untuk merekod kehidupan aku.. hehehehe.

Cerita pasal blog ni. Sebenarnya tujuan aku buat blog ni kerana aku rasa macam aku nak gunakan blog ni untuk promote diri aku ni. Mana tau satu hari nanti mungkin aku kena sara hidup keluarga aku dengan cara meniaga dan bukan makan gaji.. Siapa tahu.

Aku minat dalam bidang fotografi ni. Sebenarnya baru je belajar bermula hujung 2009 yang lalu, lepas aku beli kamera Panasonic LX-3. Bila cuba-cuba bermain dengan setting manual, aku terasa macam tertarik untuk mendalami teknik-teknik fotografi ni. Aku minat dengan kamera kompak sebab dia kecik dah mudah dibawa kemana-mana tapi terasa macam kamera kompak ni ada hadnya.. Macam gambarnya tak sehebat kamera DSLR.

Lepas adik aku beli kamera Nikon D90 dan lepas mencuba-cuba bermain dengan kamera tu. Aku terasa macam nak beli pulak kamera DSLR. Memandangkan duit simpanan pun ciput (sebenarnya ada tapi keutamaan utama 2010 ialah duit untuk isteri bersalin dan simpanan untuk membeli rumah), aku gagahkan diri aku ni berjimat-cermat dan jual barang-barang yang aku rasa kurang produktif. Aku mengambil keputusan untuk menjual video kamera Panasonic dan membeli kamera 2ndhand.

Kalau nak diikutkan aku nak pakai Nikon D90. Tapi duit tak cukup dan lepas berbincang dengan adik aku, maka terbeli la aku kamera Canon 40D secondhand yang mana kondisinya nampak macam baru (tak ada calar dan shutter count dalam 3000 sahaja). Tapi bila dah kira-kira balik dengan lens + memori kad yang aku kene beli. Dapat jugak Nikon D90 yang baru..... hahahahahaha <- Satu strategi perniagaan yang kurang bijak.

Mula-mula susah jugak aku nak memahami kamera Canon 40D sebab efek warna dia tak sama macam Nikon dan Panasonic. Jadi mula-mula rasa macam tak puashati jugak la. Tapi lama-lama terasa redha jela dengan apa yang ada.. hahahahahaha. Tapi takpe la orang selalu cakap kadang-kadang bukan kamera yang buat gambar tu lawa. Orang kat belakang kamera yang buat. Aku pun ada jugak tengok contoh gambar yang ada dalam internet ni. Kadang-kadang pakai kamera cikai pun boleh amik gambar lawa. Jadi aku kena la cabar diri aku. hehehehe

Gambar kat bawah ni, adalah gambar "segar" untuk tahun 2011 ni diambil pada 3.1.2010. Gambar anak aku yang sulung dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sekarang ni aku cukup suka pakai Lens 50mm ni dan mungkin ada bercadang nak tambah satu lagi prime lens untuk kegunaan Street Shooting.

Ni gambar anak aku tengah posing ala-ala model.... hahahahahaha.. aku yang mintak ibu dia buat macam ni.. hahahahaha


Ni pulak masa main buaian kat area RnR kat Tapah. Gambar ni aku tak edit sangat cuma aku pakai picture style yang aku download dari Internet. Rasa macam dah lawa dah... dah boleh print dah ni. Cewah.


Ni pulak gambar semalam 7/1/2011. Kalau nak ikutkan agak sedih jugak model Ferrari Enzo aku terkorban 2-3 hari lalu. Balik dari kerja aku tengok kereta tu dah tak ada dari rak. Waaa rasa macam nak menangis aje Wiper pun dah bengkok.. tapi takpe la biar jela dah malas nak amik tau dah.

Semua gambar ni aku amik guna 40D aku dengan lens 50mm.. rasa macam nak belajar main potrait aje. Anak aku aje la jadi mangsa model kamera aku ni. Maknya tak suka amik gambar.

1 ulasan:

Eyda berkata...

Canon terbaik kot! my bf pon beli yang second je, boleh dapat rm900 tahun 2008. sekarang mesti lagi murah la DSLR