Rabu, 12 Januari 2011

| Fotografi | Picasa ke Picasso ke Pikachu


Anda seorang Noob dalam fotografi? Nak edit gambar tapi tak tau software apa nak pakai. Nak beli software Orignal duit takde. Nak download software kat Internet tak reti nak cari. Emmm, jangan risau disini ada software yang agak reliable jugak la.

Picasa adalah satu perisian Image Organizer yang diperkenalkan oleh Google. Jadi tak payah ler risau tentang spyware ke trojan horse ke. Kalau ada, saman je Google. hahahahahahahaha.



Aku dah guna software ni sejak 2009 dan aku rasa software cukup senang dan user friendly. Jadi sesiapa yang rasa tak berapa reti nak edit gambar. Jangan risau pakai je software ni. Dalam software ni banyak benda-benda basic yang biasanya orang guna nak edit gambar.

Macam aku, aku suka guna straightern untuk align balik gambar, tuning untuk bagi clear gambar dan letak sedikit effect pada gambar. Satu lagi kelebihan Picasa ni kalau kita save gambar, kita bole undo balik apa yang kita buat walaupun kita dah tutup PC ataupun 2-3 bulan kemudian nak re-edit balik.

Antara kelebihan lain software ni dia bole terus upload ke blog kalau blog kita under blogspot (walaupun aku tak penah pakai feature ni). Dan Geo Tag, Geo Tag ni seronok jugak la sebab dia ada gabungan dengan Google Earth. Jadi kita bole refer balik kat mana lokasi kita amik gambar tu. Tapi aku tak tau la bole share dengan kawan-kawan lain ke tak sebab aku tak pernah test lagi dengan orang lain. Aku test dengan PC aku aje.



Satu lagi kelebihan Picasa ni ialah option nak mengedit gambar menggunakan perisian internet yang dikenali sebagai Picnik. Picnik adalah perisian untuk memberi effect pada gambar macam sesetengah effect yang kita dapat kalau pakai kamera yang tertentu atau filter yang tertentu macam effect lomografi, infrared kamera, film kamera atau lain-lain effect digital.

Jadi apa lagi. Jangan malu-malu download software ni kat link bawah ni
http://picasa.google.com/

Picasa ni memang senang dan sesuai untuk newbie. Aku pun dah lama pakai. Cuma sampai sekarang aku tak tau macamana nak resize gambar pakai Picasa ni... hehehehe

9 ulasan:

Siti Maryam berkata...

w0w.....satu inf0rmasi yg menarik...bleh la sy nk cuba nnt...tQ!

marina anakcikbob berkata...

oh..gud,gud..aku pakai photoscape jek..da itu jek aku jumpa.hahaha.. cari jugak yg lain tapi xbanyak yg freeware..online banyak jugak..

thanx for following.. ;)

eelobor berkata...

boleh buat tutorial bro. aku pun nak belajar gak edit2 gambar nie

sawn berkata...

InsyaAllah kalau aku free.. Tapi selalunya bab editing ni aku suka tengok orang buat depan mata.. hehehehehe

Faiz berkata...

yg pntg gmbr smart suda..xkisahlah edit pkai pe pn..huhu..=)

p/s: thanks follow blog sy..sebagai balasan, sy dh letak blog ini kt ruang follower kt blog sy..=)

****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****

****KLIK ENTRI TERHANGAT DISINI****

NAZRUL AHMAD berkata...

nk try juga la..menarik;-)

fadhdeela berkata...

nak edit leh gak g kat picnik or imiki..cantek2 gmbo leh edit :D

Meh singgah: Aksi yang Menghairahkan!

Najib SUKA™ berkata...

salam...
mmg simple pkai picasa ni....
klu nak resize gambar terus klik kat export ada kat kolum bwh masa nak edit..leh pilih nak resize saiz ape2 pun...paling best leh resiza sekali byk gamabar dgn satu klik je...

sawn berkata...

Yeke Najib... Aku dah pakai benda ni tapi tak reti lagi nak resize... TQ for the good info. Save lagi masa aku nak edit gambar.