Honda CBR250R
Umum sudah tau dalam bulan Februari 2011 nanti Boon Siew Honda akan melancarkan model baru jentera Honda di Malaysia. Kalau nak diikutkan memang sudah lama peminat motorsikal menunggukan jentera baru ni. CBR 250 ni merupakan jentera baru honda dengan enjin serba baru.
Motor ni pun sebenarnya baru je dilancarkan di Thailand pada Oktober 2010 yang lalu bersama model "adik"nya CBR150R tapi sayangnya adiknya tak dapat masuk ke Malaysia dan dengar cerita ini adalah kerana permintaan CBR150R di Thailand sangat menggalakkan macam goreng pisang panas menyebabkan Honda Thailand terpaksa menumpukan pasaran domestik dahulu.
Kalau lambat aku tak kisah sangat asalkan jangan tak masuk terus sudah la macam "the lagendary" Honda NSR150SP ataupun Yamaha YZF-R15. Sebenarnya aku cukup kecewa tak dapat beli R15 sampai terbeli Kawasaki Ninja 250R hahahahahaha.. Tapi takpe la 250R pun best jugak tapi kalau nak compare dari segi rupa aku rasa menang kat CBR250R ni. Yela motor baru, mesti la lawa.
Tahun 2012 yang akan datang jugak MotoGP akan memperkenalkan satu siri perlumbaan baru mengganti kelas 125cc iaitu 250cc single silinder 4 stroke. Kalau kat youtube dah tunjuk dah iklan motor Honda ni. Sekarang tunggu Aprilia pulak. hehehehe
Ni iklan dalam Youtube motor perlumbaan baru Honda untuk Moto 3 yang dikenali sebagai NRS 250cc. Dengar citer boleh dapat sampai 50hp untuk motor ni.
Spek motor CBR250R
http://powersports.honda.com/2011/cbr250r.aspx
Sebenarnya ramai dah tau pasal spek motor ni cuma yang jadi tanda tanya sekarang ialah harga motor ni. Ada yang cakap akan lebih mahal dari Kawasaki 250R ada yang cakap lagi murah. Entah la tengok la bulan Februari ni macamana. Bagi sesiapa yang berminat nak pandu uji motor ni boleh register kat laman web "Go Further with Honda" untuk pandu uji jentera ni pada 17 Februari 2011 ni. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 17 Januari ni. Jadi cepat-cepat la daftar
http://www.gofurtherwithhonda.com/
Kalau sesiapa yang tak dapat pandu uji jentera ni mungkin pihak Boon Siew Honda akan poskan lencana pin-up Go Futher with Honda sebagai tanda penghargaan dia.. hehehehe
Cerita balik pasal MotoGP ni, tahun lepas kita ada pelumba untuk kategori 125cc namanya Muhammad Zulfahmi Khairuddin. Macamana pulak performance dia pada Tahun 2011 ni.