Khamis, 27 Januari 2011

I Internet | Hikayat Merong Mahawangsa 10 Mac ini?


Masa tengah sibuk melayan Facebook, ternampak pulak cakap-cakap mengenai tarikh pelancaran Filem epik dari KRU studios ini. Nampak gayanya kemungkinan filem ini akan ditayangkan tak lama lagi pada 10 Mac 2011. Aku suka dengan idea KRU studios yang suka membawa kelainan dalam filem tempatan. Sekurang-kurangnya takde la filem kita cuma ada satu jenis saje dan stereotype.

Ok la, Kalau nak diikutkan sinopsis filem ini ialah ia berkisarkan mengenai perkahwinan putera Rom dengan puteri dari Dinasti Han sekitar kurun ke 120 selepas Masihi. Kedua-dua kerajaan ini akan menghantar kedua-dua putera dan puteri ini berlayar dan bertemu di satu kawasan sekitar selat Melaka untuk berkahwin.

Semasa Putera Rom berhenti di Goa, beliau bertemu dengan Merong Mahawangsa. Merong Mahawangsa membantu putera Rom berlayar sehingga ke selat Melaka.

Dalam cerita ini juga, Garuda telah muncul untuk menghalang perkahwinan dua kerajaan ini.

Ok la. Jom layan trailer rasmi untuk Merong Mahawangsa dari KRU studios




Jom layan sekali MTV video untuk filem ini dendangan Anuar Zain - Sedetik Lebih (Aku rasa lagu macam patutnya panjang je)




Filem: Hikayat Merong Mahawangsa
Lakonan: Stephen Rahman-Hughes, Jing Lusi, Gavin Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato’ Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sun

Pengarah: Yusry Abdul Halim

Penulis skrip: Amir Hafizi / Yusry Abdul Halim

Sumber
Facebook Merong Mahawangsa

3 ulasan:

Zura Tahir berkata...

nmpak menarik cite nie..

Unknown berkata...

Yup...aku setuju gak, tak de la pilem tu asyik2 cerita pasal cinta jerr...

Admin berkata...

efek filem kru cntik..

dlu pena tgk teater jek cite nei,
mmg bez byzntine :)



Terbaru:
7 Perkara Yang Saya Benci Tentang Politik
Kecelaruan Identiti: Tolong Komen Kejap!