Isnin, 17 Januari 2011

| Internet | Bekas peserta Malaysian Idol - Boys and Girls 1+1=3

Masih ingatkah anda kepada artis ini? Dia merupakan seorang bekas peserta program realiti yang berbentuk nyanyian popular. Apa kaitan dia dengan penulisan aku kali ini?. Ada cerita panas ke?

Takde la.. Aku mana reti nak tulis cerita panas dan gossip. hehehehehe Aku cuma nak share satu info dalam satu genre muzik yang aku minat tak lama dulu. Iaitu muzik alternatif. Masa dulu sebelum kita kenal muzik-muzik indie. Orang-orang tua macam aku ni lebih mengenali muzik-muzik dari band-band alternatif. Bagi aku, aku tak kisah sangat aliran muzik jenis macamana pun. Asalkan sedap didengar sudah la.. hahahahahahaha

Band-Band alternatif ni kalau nak ikutkan lebih kurang je sama macam band-band Indie sekarang ni. Dorang pun ada compose/cipta muzik dorang sendiri, masa awal penubuhan banyak bergerak dalam gig-gig kecil sebelum masuk ke arena mainstream. Dan kebanyakkan muzik mereka banyak terpengaruh dengan band-band dari Amerika dan UK. Berbalik kepada penyanyi OIAMMalaysian Idol ni. Tahukan anda bahawa dia pernah merakamkan album pada pertengahan 90-an dahulu? Yaaaa... Nita pernah merakamkam satu album kompilasi bersama-sama band-band alternatif lain didalam satu album yang boleh dikatakan terhebat pada masanya. Album apakah itu?



Album ni dikenali sebagai "Boys and Girls 1+1=3" album ni merupakan album kompilasi band-band alternatif pada masa itu. Dan banyak diantara mereka merupakan band ada nama besar dan popular selepas album ini dikeluarkan. Penerbit album ni merupakan orang tidak asing lagi iaitu Paul Moss yang merupakan juri dalam OIAM Malaysian Idol. hehehehehe.. Yaaa Paul Moss memang kenal Nita sebelum dia masuk OIAM Malaysian Idol lagi tapi itu tidak mempengaruhi pun penjurian sebab pertandingan realiti ni semua undi adalah terletak pada undi SMS penonton.Dan lagipun ada yang tau pun.

Berbalik pada album "Boys and Girls 1+1=3" ni kesemua lagu yang dimuatkan semua adalah lagu-lagu Inggeris. Haah masa tu semua band-band alternatif ni memang suka tulis lagu Inggeris dari lagu Melayu.. Tak percaya tengok OAG, Butterfinger masa penubuhan dia.. Dorang layan lagu Inggeris aje.

Apa yang menarik dalam album ni ialah ia pernah mendapat anugerah double platinum (bukan senang album tempatan Inggeris nak dapat ni) dan juga mendapat anugerah "Best local English Album of the Year" pada AIM 1997. Salah satu lagu yang popular dalam album ni juga iaitu lagu yang bertajuk "Bedroom Window" yang dihasilkan oleh kumpulan Nicestupidplayground digunakan oleh 2 filem produksi Hollywood dimana ada pelakon popular berlakon didalam filem itu iaitu Chinese Box dan filem Rogue Trader. Lagu tu juga pernah mendapat anugerah "Best Original Music" di Venice Film Festival.

Dalam album ni jugak ada satu all girl band iaitu IntoXicated. Kalau nak tau, salah sorang drummer band ni pernah menjadi pengacara rancangan Quickie kat 8TV dan juga seorang DJ radio.

Jom apa lagi layan ler video clip lagu ni yang aku search kat youtube. Klik aje kat link kat bawah ni. Aku letak sikit jer..yang mana yang aku suka la. Kalau minat search sendiri la.

"He's a Mod"  - Nita (Lagu ni adalah lagu yang diberi nafas baru. Penyanyi/lagu asal Ray Columbus feat the Invaders- she's a mod )
"Bedroom Window"  - Nice Stupid Playground
"Kitty Kat" - IntoXicated
"Ode From A Psychopath" - Juliet The Orange (Brodwyn) (Ni lagu yang paling aku suka sebab lirik dia yang sungguh pelik macam membaca silibus buku pelajaran sains tapi melodi dia memang catchy)


Sumber:
Wikipedia
Youtube

PS:- Terima kasih pada Azham sebab perasan Nita dari pertandingan Malaysian Idol bukan One in a Million

3 ulasan:

good_boy berkata...

aku mmg suka juliet the oren dari dulu lagi..haha

Tanpa Nama berkata...

hahaa.. pelik gila dia punya nama band..

belajar seo

sawn berkata...

Nama pelik takpe asalkan lagu sedap.. hehehehe. Tapi trend sekarang ni Kumpulan Indie lebih suka tulis lagu dalam bahasa Melayu.. hehehehehe. Mungkin kalau tulih dalam bahasa Melayu lagu tu senang sampai ke pendengar