Jumaat, 14 Januari 2011

| Kehidupan | Bersenam ala skooter boy.


JALAN DUTA 14 Jan Jumaat 3:30 petang adalah hari aku bersenam dengan menolak motor dari highway hinggalah ke bangunan lembaga peperiksaan di kawasan jalan Duta

Pada mula aku nak membeli penampal tayar di Stesen minyak Shell tetapi kecedaraan tayar aku sungguh dalam dan sukar untuk diperbaiki. Jadi aku meneruskan perjalanan menolak ke destinasi yang dituju iaitu Sentul

Pada jam 4.20 petang trafik di Kuala Lumpur semakin sesak menyebabkan sukar untuk aku menolak motor aku dan pada masa yang sama aku terasa cukup letih. Demi untuk menjaga keselamatan diri, aku tewas dalam pertarungan menolak dan menelefon si pembaik motor jalanan. Terbang la jugak RM130 dan dapat la aku satu tayar baru. Adakah ia berbaloi? Aku rasa nyawa aku lagi berbaloi dan aku rasa menyesal kerana tak membeli penampal tayar.

Tengah bulan pulak ni... adussssss.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...

jauh tolak motor tu...sabar je laah..

**follow ur blog..**18

sawn berkata...

hehehe TQ. Minggu kehidupan aku memang mencabar.