Rabu, 26 Januari 2011

| Kehidupan | Terperangkap didalam Lif: Tips keselamatan



2 Minggu yang lepas adalah hari pertama aku berpindah kat opis baru. Dengan kemudahan yang serba baru, keselesaan dipejabat baru sangat terasa. Ada kawasan taman diluar untuk lepak-lepak, kemudahan untuk beriadah, surau, gym dan kafeteria makna kata tak payah keluar kat dalam pejabat baru ni semua ada. Cuma bezanya, pejabat baru ni agak jauh dari rumah aku sekarang iaitu jarak perjalananya dalam 2 kali ganda juga dari pejabat lama. Pengalaman hari pertama aku dipejabat baru ialah terperangkap didalam lif.

Kejadian itu berlaku ketika aku bertugas pada malam hari kira-kira selepas 9.30 malam. On the way nak masuk balik opis, aku dengan sorang-sorang naik lif tu dengan tiba-tiba aku terasa macam lif tu berhenti dengan sendirinya. Butang switch pun tak menyala. Tekan apa-apa butang tak berfungsi. Nasib baik butang kecemasan tu masih berfungsi. Tekan 2-3 kali ada respon dari syarikat pengendali, ahhhh lega rasanya. Dalam 5-10 minit jugak la dorang dapat cari aku.

Masa menunggu kedatangan mereka, aku cuba jugak check signal henpon aku. Tak ada signal la pulak. Adus sedih dah dok sorang-sorang je dalam lif tu. Kalau ada awek cun takpe la juga.




Bila dah jumpa, mereka cuba untuk membuka lif tu tapi gagal dan memberitahu aku, mereka akan datang balik dalam 15 minit untuk dapatkan peralatan yang sesuai untuk buka lif. Terasa tersiksa juga la duduk sorang-sorang dalam lif, terpisah dengan dunia luar. Takde line telepon, apa yang aku boleh buat ialah cuba menenangkan diri, main game kat henpon pastu amik gambar. Kira-kira 40 minit jugak, aku dalam lif tu sebelum dapat diselamatkan. Bila dapat keluar dari lif tu, memang aku rasa syukur sangat dan rasa dapat bernafas dengan lancar. Hehehehehe lega.

Apa-apa pun disini ada Tips keselamatan jikalau benda ini terjadi dengan kita.

1. Jika lif berhenti dengan sendirinya. Cuba tekan butang keluar atau butang lain-lain dalam lif. Jika tiada respon sila tekan butang kecemasan dan berhubung dengan pengendali lif.

2. Cuba tenangkan fikiran, beritahu kedudukan lif anda. Lokasi dan tingkat dimana lif itu berhenti. Jikalau lif itu ada butang stop. Sila tekan butang itu.

3. Sila semak signal henpon anda (selalunya takde signal). Kalau ada signal sila hubungi rakan pejabat anda juga.

4. Jangan cuba menolak pintu lif dengan cara paksa. Apa yang anda perlu lakukan ialah bertenang. Seperti cuba duduk untuk rehat sebentar, bersembang dengan rakan-rakan terperangkap, bermain permainan dalam henpon, atau makan/minum sesuatu. Menyanyi jugak bagus, sekurang-kurang ada orang luar tahu yang kita terperangkap dalam lif tersebut.

5. Jangan hisap rokok dalam lif jika terperangkap.

6. Jangan cuba untuk memanjat dan membuka pintu kecemasan yang terletak dibahagian atas lif. Sila tunggu sehingga anda diselamatkan dan tunggu arahan selanjutnya dari pengendali lif.

3 ulasan:

amiramukri berkata...

wah , takutnya kalau kena macamni sorangsorang . thanks for the tips !

Foo Yew Choon. MC1306BD3129 berkata...

fuih...nasib baik ada respon.

Sekali aku kat avenue k, fitness first asalnya di menara maxis kini telah berpindah ke sana. Kalau ikut escalator memang jauh. Bila naik, aku ikut cargo lift yang dah biasa di naiki. Tetapi, cargo lift memang pelbagai cargo dimuat termasuk sampah. Baunya lift harum.

Masa turun, ternampak satu lift yang kecil. Ketika di dalam lift, baru aku tau. Kena pakai access card. Pintu tak dapat buka and lepas tu, lift masuk power save mode. Semua lampu and kipas terpadam. Nasib baik handphone ada lampu.Level G boleh di tekan. Sesudah aku sampai kat Ground floor. Security yang sepatutnya kat situ pun tak ade. Kalau G tak dapat ditekan, habislah

naimtastik berkata...

Salam, entry ni mengingatkan akuz terperangkap dlm lif sebanyak 3kali, lokasinya lif kl sentral, lif stesen komuter sentul ngan lif tempat umah akuz duduk dulu.. Cuak tak ingat bro.. tp alhamdulillah selamat.. Pengalaman menjadikan kita guru dlm hidup betul tak?..

Akuz,
http://storyakuz.blogspot.com