Rabu, 26 Januari 2011

| Motorsikal | KTM Duke 200 akan masuk Malaysia? CKD pulak tu.



Sumber dari Berita Harian ada menyebut bahawa KTM Malaysia akan mengeluar model CKD pada Tahun ini iaitu KTM Duke 690 and 690R. Kedua-kedua model ni dikhabarkan akan keluarkan awal suku pertama tahun 2011 (mungkin bulan 2 kot) dan dijual sekitar RM44,800 hingga RM48,915 untuk model 690R.

Tapi yang menarik perhatian aku ialah didalam petikan akhbar itu ada menyatakan bahawa KTM Malaysia juga berminat untuk memasarkan model CKD adik Duke iaitu Duke 200 yang mempunyai enjin berkapasiti sekitar 200cc.

Bagi seorang peminat motorsikal sederhana macam aku ni, mesti la ia satu khabar yang gembira lebih-lebih lagi KTM Malaysia menganggarkan bahawa motorsikal ini akan dijual sekitar RM15,000 hingga RM18,000. Bagi aku ini antara harga yang agak mampu milik juga la.

Dari carian kat internet nampak gayanya tak ada info yang secara lengkap mengenai spesifikasi atau rupa Duke 200 ni. Tapi melalui carian popular Google nampak gayanya di India, Bajaj akan memulakan pengeluaran model KTM 200 dan melancarkannya sekitar bulan mac 2011.

Model ini juga kemudiannya akan diperluaskan lagi jualannya untuk pasaran Asia dan Amerika Selatan. Aku merasakan model ini mungkin akan menggunakan enjin single silinder dan dari sumber internet menyatakan enjin ini dapat mengeluarkan kuasa sekitar 20Hp dengan berat keseluruhan motorsikal ini sekitar 130kg.

Kalau tengokkan dari segi harga pulak. Aku merasakan dari segi rupa mungkin motorsikal ini mungkin akan sedikit downgrade dari KTM Duke 125. Tapi tak tau la downgrade macamana.

Ni pun kalau ikut pemerhatian aku dengan beberapa model motor dari pengeluar lain untuk pasaran Asia macam Yamaha YZF-R15 atau Kawasaki KLX 150. Gambar atas tu merupakan KTM Duke 125 cuma korang cuba banyangkan la rupa Duke 200 ala-ala macam tu.. hehehehehehe

Apa-apa pun motor KTM ni memang cun. Terasa macam kembalinya zaman gila-gila remaja alaf baru sebab rupa motor motard ni memang nampak ganas, gaya riding pun agak relax dan santai. Jadi apa lagi cepat-cepat la menabung tunggu sampai hujung tahun ni.

Entri baru yang berkaitan:

| Motorsikal | KTM Duke 200 Spy shots sudah keluar?


Sumber
Berita Harian 2011/01/17

10 ulasan:

efa berkata...

cntik ah design moto duke ni erk..boleh tahan gak harga dya huhu

sawn berkata...

haah.. Tapi harga dia masih kira ok lagi kalau banding dengan motor import sepenuhnya yang masuk terus ke Malaysia.. hehehehe

Aduka berkata...

Dah baca dlm kosmo..

sawn berkata...

Tak sabar nak tengok rupa Duke 200 ni...

s u a i s u d i berkata...

aku baru booking motor ni.....lepas test duke 690....kuat sangat....so aku amik yg 200 ni jer la

budak terpaksa berkata...

bro, free2 usha la, komen, follow blog saye.
thanks :-)

http://knee-drag.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Motor import semua murah... cukai umno tuh yg gila babi punya tinggi. Perompak rakyat

Tanpa Nama berkata...

Motor import semua murah... cukai umno tuh yg gila babi punya tinggi. Perompak rakyat

sempoije berkata...

mmg gempak moto ni, main pekan ok la, kat highway suzuki belang bole folo sikit2..aksesori dia bole tahan.. hrga kira murahla..kalo budak kilvearn tu nk murah beli je kapcai c70, jgn nk politik kan pulak rege tu. apa klas kalo ktm2oo sama rege dgn kapcai...

pawaka19 berkata...

smart2..suka design dia