Takde la.. Aku mana reti nak tulis cerita panas dan gossip. hehehehehe Aku cuma nak share satu info dalam satu genre muzik yang aku minat tak lama dulu. Iaitu muzik alternatif. Masa dulu sebelum kita kenal muzik-muzik indie. Orang-orang tua macam aku ni lebih mengenali muzik-muzik dari band-band alternatif. Bagi aku, aku tak kisah sangat aliran muzik jenis macamana pun. Asalkan sedap didengar sudah la.. hahahahahahaha
Band-Band alternatif ni kalau nak ikutkan lebih kurang je sama macam band-band Indie sekarang ni. Dorang pun ada compose/cipta muzik dorang sendiri, masa awal penubuhan banyak bergerak dalam gig-gig kecil sebelum masuk ke arena mainstream. Dan kebanyakkan muzik mereka banyak terpengaruh dengan band-band dari Amerika dan UK. Berbalik kepada penyanyi
Album ni dikenali sebagai "Boys and Girls 1+1=3" album ni merupakan album kompilasi band-band alternatif pada masa itu. Dan banyak diantara mereka merupakan band ada nama besar dan popular selepas album ini dikeluarkan. Penerbit album ni merupakan orang tidak asing lagi iaitu Paul Moss yang merupakan juri dalam
Berbalik pada album "Boys and Girls 1+1=3" ni kesemua lagu yang dimuatkan semua adalah lagu-lagu Inggeris. Haah masa tu semua band-band alternatif ni memang suka tulis lagu Inggeris dari lagu Melayu.. Tak percaya tengok OAG, Butterfinger masa penubuhan dia.. Dorang layan lagu Inggeris aje.
Apa yang menarik dalam album ni ialah ia pernah mendapat anugerah double platinum (bukan senang album tempatan Inggeris nak dapat ni) dan juga mendapat anugerah "Best local English Album of the Year" pada AIM 1997. Salah satu lagu yang popular dalam album ni juga iaitu lagu yang bertajuk "Bedroom Window" yang dihasilkan oleh kumpulan Nicestupidplayground digunakan oleh 2 filem produksi Hollywood dimana ada pelakon popular berlakon didalam filem itu iaitu Chinese Box dan filem Rogue Trader. Lagu tu juga pernah mendapat anugerah "Best Original Music" di Venice Film Festival.
Dalam album ni jugak ada satu all girl band iaitu IntoXicated. Kalau nak tau, salah sorang drummer band ni pernah menjadi pengacara rancangan Quickie kat 8TV dan juga seorang DJ radio.
Jom apa lagi layan ler video clip lagu ni yang aku search kat youtube. Klik aje kat link kat bawah ni. Aku letak sikit jer..yang mana yang aku suka la. Kalau minat search sendiri la.
"He's a Mod" - Nita (Lagu ni adalah lagu yang diberi nafas baru. Penyanyi/lagu asal Ray Columbus feat the Invaders- she's a mod )
"Bedroom Window" - Nice Stupid Playground
"Kitty Kat" - IntoXicated
"Ode From A Psychopath" - Juliet The Orange (Brodwyn) (Ni lagu yang paling aku suka sebab lirik dia yang sungguh pelik macam membaca silibus buku pelajaran sains tapi melodi dia memang catchy)
Sumber:
Wikipedia
Youtube
PS:- Terima kasih pada Azham sebab perasan Nita dari pertandingan Malaysian Idol bukan One in a Million
3 ulasan:
aku mmg suka juliet the oren dari dulu lagi..haha
hahaa.. pelik gila dia punya nama band..
belajar seo
Nama pelik takpe asalkan lagu sedap.. hehehehe. Tapi trend sekarang ni Kumpulan Indie lebih suka tulis lagu dalam bahasa Melayu.. hehehehehe. Mungkin kalau tulih dalam bahasa Melayu lagu tu senang sampai ke pendengar
Catat Ulasan